Najib tanya PH, Omicron ini sebenarnya bahaya atau tak?

0
2
najib razak

DATUK Seri Najib Razak menyindir pimpinan Pakatan Harapan (PH) berhubung kenyataan media yang meminta kerajaan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan alasan varian Omicron semakin menular.

“Nak tanya PH, Omicron ini sebenarnya bahaya atau tak bahaya?,” sindir bekas Perdana Menteri itu menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Terdahulu Majlis Presiden PH menerusi kenyataan mahu kerajaan mempertimbang untuk menangguhkan PRN Johor susulan penularan gelombang Omicron yang semakin membimbangkan.

Majlis Presiden PH berkata ia bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan untuk tujuan politik apa lagi ketika kes harian Covid-19 semalam mencecah lebih 17,000.

Bagaimanapun menurutnya, jika kerajaan enggan menangguhkan PRN dan ingin memberi kelonggaran seperti negara Barat maka kempen terbuka termasuk ceramah harus dibenarkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here