MBSA terima 694 permohonan lot bazar Ramadan

0
2

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima sejumlah 694 permohonan lot bazar Ramadan sehingga 31 Januari lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata permohonan lot berkenaan masih dibuka sehingga 16 Februari ini.

“Sebanyak 694 permohonan lot bazar Ramadan diterima sejak ia dibuka bermula 17 Januari sehingga 31 Januari lalu.

“Permohonan bazar Ramadan secara dalam talian untuk pengeluaran permit (Bazar Ramadan) pada tahun ini masih dibuka sehingga 16 Februari ini melalui laman sesawang eBazar MBSA iaitu https://bazar.mbsa.gov.my.

“Orang ramai perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian dan memuat naik salinan dokumen yang diperlukan dengan lengkap sebelum proses pendaftaran dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 33 lokasi tapak bazar disediakan oleh MBSA pada tahun ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here