Kereta ‘king’ Shuk Sahar terbabas masuk parit

0
2

BELUM reda kisah Shuk Sahar dilihat bersama wanita ‘teman tapi mesra’ sedang menjamu selera, tular pula video di media sosial kereta milik pelawak dan pengacara itu terbabas ke dalam parit.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik laman Penang Kini, memberitahu kereta Shuk jenis Perodua Myvi berwarna hitam terbabas di Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

“Myvi Shuk Sahar terbabas jatuh parit di Tanah Liat, Bukit Mertajam semalam,” tulis hantaran itu.

Video berdurasi 46 saat itu memaparkan Shuk turut berada berhampiran dengan keretanya, bersama beberapa orang lagi penduduk di kawasan itu.

Dalam video itu, perakam bertanya keadaan Shuk, dan dibalas pelawak itu dengan menunjukkan tanda ‘baik’ dan hanya ketawa menunjukkan keadaan keretanya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata meluahkan rasa simpati serta mendoakan urusan pelawak itu dipermudahkan.

Malah ada juga yang meninggalkan komen bahawa kejadian tersebut adalah kifarah selepas dilihat keluar bersama wanita yang sering dikaitkan dengannya baru-baru ini.

“Tula hang banyak berdosa dengan bini,” kata seorang netizen.

“Mana-mana ranciak berdosa .. saja buat ramai tang tu .. tak terjun orang tak ramai tang tu .. meriah,” kata Amirruddin.

“Mesti tak biasa masuk jalan kampung sempit. Lagi satu Shuk ini banyak buat salah kat bini dengan anak dia. Teguran la tu,” kata Mikeyla. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here