Banjir: Mangsa di Pitas bertambah 719 orang

0
2

JUMLAH mangsa banjir di daerah Pitas di Sabah terus meningkat kepada 719 orang membabitkan 236 keluarga pagi tadi.

Jumlah berkenaan bertambah setakat jam 9.30 pagi ini, berbanding 386 mangsa daripada 117 keluarga sehingga jam 8 malam tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, berkata empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan dibuka bagi menempatkan semua penduduk terjejas banjir.

“Seramai 510 mangsa membabitkan 170 keluarga kini berada di PPS Dewan Kampung Sinukab, manakala 81 orang penduduk membabitkan 29 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas ll.

“Selain itu, PPS Dewan Kampung Kusilad menempatkan 73 mangsa banjir membabitkan 20 keluarga dan seramai 55 mangsa daripada 17 keluarga berada di PPS Dewan SK Rukom,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Sementara itu, jurucakap APM menasihatkan penduduk kampung khususnya di kawasan rendah atau berhampiran sungai supaya sentiasa berwaspada berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

“Penduduk boleh menghubungi pihak berkuasa dengan segera jika memerlukan bantuan untuk berpindah ke kawasan lebih selamat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here