Hanya 58 kes kategori 3,4 dan 5 daripada 11,000 kes hari ini – KKM

0
3

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 99.47 peratus atau 10,976 daripada 11,034 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini adalah kategori 1 dan 2.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian itu hanya 0.53 peratus atau 58 kes melibatkan kategori 3,4 dan 5.

Menurutnya, kategori 1 membabitkan 2,819 kes atau 25.55 peratus.

“Manakala kategori 2 membabitkan 8,157 kes (73.92%), Kategori 3 membabitkan 43 kes (0.39%), Kategori 4 membabitkan 11 kes (0.10%) dan Kategori 5 membabitkan 4 kes (0.04%),” katanya menerusi Twitter hari ini.

Terdahulu kes harian Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan peningkatan mendadak apabila melebihi angka 11,000 hari ini.

Sebanyak 11,034 kes dilaporkan hari ini, iaitu peningkatan hampir 1,000 kes berbanding 10,089 semalam, dipercayai akibat penularan varian Omicron.

Kali terakhir kes di Malaysia melebihi angka 11,000 ialah 11,889 yang dicatatkan pada 1 Oktober tahun lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here