52,517 penduduk dewasa terima dos penggalak semalam

0
2
Petugas mencucuk vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

MALAYSIA mencatatkan seramai 52,517 individu dewasa telah menerima suntikan dos penggalak Covid-19, semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif bagi pemberian dos penggalak meningkat kepada 12,361,663 atau 52.8 peratus setakat ini.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 22,929,493 juta atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa telah lengkap divaksinasi.

Manakala, 23,238,753 juta individu atau 99.2 peratus daripada kumpulan itu, menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara, bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,791,409 juta individu atau 88.7 peratus telah melengkapkan suntikan vaksinasi, manakala 2,869,275 juta individu atau 91.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Statistik harian menunjukkan sejumlah 69,601 dos vaksin telah diberikan semalam membabitkan 16,325 dos pertama dan 759 dos kedua. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here