PRN Johor: Kes Covid-19 semakin meningkat, Anwar minta benar kempen semuka dengan syarat ketat

0
2

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap kempen secara bersemuka dibenarkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sebalik peningkatan kes Covid-19 yang hari ini mencecah lebih 10,000 kes.

Ketua pembangkang itu berkata syarat dan garis panduan ketat perlu diaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam membenarkan kempen semuka, lapor Free Malaysia Today.

“Jangan buat macam Melaka, perlu bagi syarat-syarat contoh kempen (ceramah) di dewan, di luar, di kawasan padang (perlu dibenarkan) tetapi dihadkan jumlah kehadiran, ia patut dibolehkan dalam PRN Johor.

“Saya gesa Menteri Kesihatan mengambil langkah proaktif supaya kalau kes naik 10,000 itu kita bimbang, selain itu kepada masyarakat, rakyat, termasuk ketika kempen ini tak perlu salam jangan salam, jaga jarak,” katanya hari ini.

Anwar berkata, prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan pada PRN Johor perlu adil kepada semua parti bertanding bukannya memberi kelebihan kepada parti kerajaan sahaja.

“Jangan mereka (parti kerajaan) boleh kempen di media, kita pembangkang bagi minum kopi, ini politik apa, bagi saya jangan kerana (kes naik) ini dijadikan (alasan) menekan kita untuk berkempen,” katanya.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, jangkitan Covid-19 akan mencecah sehingga 15,000 kes tidak lama lagi susulan negara kini berdepan gelombang Omicron.

Hari ini KKM melaporkan sebanyak 10,089 kes Covid-19, meningkat daripada 9,117 jangkitan semalam.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here