Muhammad Haziq berbesar hati bertemu, temu ramah PM

0
2

“Dulu masa belum famous (popular) saya tengok sahaja Perdana Menteri di TV, Hari ini saya berbesar hati dapat tengok depan-depan mata,” itu kata-kata ‘wartawan cilik’ Muhammad Haziq Mohd Asyraf yang impiannya menemuramah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi kenyataan hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Bernama, Muhammad Haziq yang berasal dari Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah jelas teruja dapat bertemu Ismail Sabri yang turut menghadiahkannya coklat dan pek Keluarga Malaysia.

Difahamkan, kanak-kanak berusia 12 tahun itu dipertemukan dengan Ismail Sabri di sebuah hotel di Alor Setar dan diberi kesempatan menemuramah pemimpin nombor satu negara itu.

Aksi Muhammad Haziq yang bersahaja lagak seorang wartawan dengan petah berkata-kata ketika melaporkan penemuan ular sawa di kawasan rumahnya di Bukit Selambau telah mencuri perhatian rakyat Malaysia.

Gelagat dan kepetahan Haziq dalam menyampaikan maklumat secara langsung di Facebook itu membawa tuah kepada dirinya apabila menerima hadiah telefon bimbit dan tablet jenama Oppo daripada Sultan Kedah dan sebuah MatePad oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here