‘PRN sudah tentu guna calon MB atau KM sebagai ‘poster boy’, kenapa hendak guna wajah saya,’ Najib jawab cabaran Wan Saiful

0
2
Pix via Malaysiapost

DATUK Seri Najib Razak menolak cabaran dibuat Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan supaya Barisan Nasional (BN) menjadikannya sebagai ‘poster boy’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang disifatkannya sebagai tidak cerdik.

Bekas Perdana Menteri berkata timbul persoalan mengapa Wan Saiful meminta BN menggunakan wajahnya, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Mentei Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana ia hanya membabitkan pilihan raya negeri.

“Kan dah terang-terang ini PRN? PRN sudah tentu guna calon Ketua Menteri atau Menteri Besar sebagai poster boy – seperti apa yang BN buat masa PRN Melaka.

“Kenapa pulak nak guna wajah saya, Zahid atau PM Ismail Sabri? Cabaran bodoh apa ini?,” katanya di Facebook.

Ahli Parlimen Pekan itu juga secara berseloroh mendakwa Bersatu tidak memahami konsep berkenaan dan telah tersalah guna slogan “Abah Sayang Melaka” (merujuk kepada penggunaan poster Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika PRN Melaka) atau mungkin guna “Abah Sayang Johor (tapi tak berani pertahankan kerusi DUN)”.

“Tapi lain cerita pada PRU. Jika Wan Saiful ingin tahu siapa “poster boy” BN pada PRU15 maka suruhlah boss kamu tekan butang (tarik dari daripada menyokong kerajaan) dulu,” katanya.

Najib mengulas cabaran Wan Saiful supaya BN menggunakan wajah Najib dan Ahmad Zahid sebagai poster boy pada PRN Johor.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here