Mohon maaf lepas ‘tembak’ kawan, Syed Saddiq contoh hipokrasi terbaik – Onn

0
2
Syed Saddiq hadir ke IPD Dang Wangi hari ini bagi memberi keterangan terhadap Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengenai kegagalan memakai face mask.

SEORANG pemimpin Umno Johor melabelkan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebagai contoh hipokrasi terbaik, susulan permohonan maafnya setelah mengkritik wakil rakyat PKR.

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Layang-Layang, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata sikap Syed Saddiq Abdul Rahman itu terserlah selepas tersalah ‘tembak’ kawan sendiri.

“Ini contoh terbaik hipokrasi politik. Bila tersalah tembak kawan sendiri terus minta maaf.

“Sebelum ini, berdegar-degar sembang pasal integriti, prinsip, transparensi, berani kerana benar, jalan togak, bangkit dan sebagainya.

“Semuanya sandiwara oscar yang dimainkan untuk mengaburi mata rakyat. Macam mana nak bangkit dengan hipokrasi, penipuan, pilih bulu dan fitnah?,” katanya hari ini.

Semalam Syed Saddiq memohon maaf kepada PKR susulan hantaran di Facebook yang seolah-olah ‘menyerang’ seorang wakil rakyat parti itu di Johor.

Ahli Parlimen Muar itu mengakui kesilapannya membuat hantaran berhubung lawatannya ke Ulu Tiram yang merendahkan tugas dan tanggungjawab Adun kawasan itu, S Gopalakrishnan.

“Sesi melawat dan bertemu rakyat di Ulu Tiram adalah satu proses untuk saya dan MUDA belajar lebih banyak soal menjaga rakyat. 

“Atas semangat kebersamaan bersama rakan KEADILAN, saya memohon maaf atas kekhilafan yang dibuat,” katanya.

Terdahulu bekas Menteri Belia dan Sukan itu seolah-olah menyerang Gopalakrishnan yang didakwa tidak mengambil peduli kebajikan rakyat di DUN Ulu Tiram.

MUDA dijangka bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata rakyat Johor sudah lama buka mata terhadap Syed Saddiq dan meminta beliau berhenti cuba perdayakan anak muda. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here