Sakinah sudah berkahwin

0
3

SPEKULASI hubungan pelakon, Sharifah Sakinah dengan jejaka dari Sweden, Micheal Hansen akhirnya terjawab, apabila dirinya mengumumkan mereka sudahpun berkahwin.

Perkara itu dikongsi menerusi di Instagram milik Sakinah malam tadi, namun dia tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya dengan lelaki berstatus duda itu.

“Disebabkan ramai yang bertanya, iya, kami sudah berkahwin. Terima kasih kepada rakan kongsi dan suami atas sokongan yang diberi terhadap penubuhan Hemmafit (pusat kecergasan),” katanya.

Sakinah atau nama penuhnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khairedi, 33, turut menjelaskan dia terpaksa merahsiakan perkahwinan tersebut atas alasan peribadi.

“Kepada mereka yang tertanya-tanya kenapa kami tidak umumkan perkahwinan kami, ia adalah kerana terlalu peribadi selain perkara membabitkan agama.

“Jadi, kami lebih selesa tidak hebohkannya. Tetapi sekarang, kami sudah rasmi bergelar suami isteri. Jadi tidak perlu tanya lagi,” katanya.

Sebelum ini, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada tahun 2015 namun bercerai lima tahun kemudian.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Anais Adha yang berusia lima tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here