Selaraskan kenaikan tarif elektrik 5% secara berperingkat – Najib

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634875565314","origin":"gallery","is_remix":false,"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"fte_sources":[]}

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan agar diselaraskan ke atas kenaikan tarif bukan domestik 15 peratus yang dilaksanakan minggu depan kepada kenaikan berperingkat setiap enam bulan sebanyak lima peratus setiap kali.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, langkah berkenaan supaya dapat mengimbangi situasi susulan peningkatan tarif elektrik bagi kebaikan semua pihak sama ada komersial atau pengguna domestik.

Menurutnya, sebarang kenaikan bagi tarif bukan domestik iaitu komersial dan kilang akan menyebabkan kos operasi meningkat dan akhirnya akan dipindahkan kepada pengguna seterusnya menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

“Kenaikan sekadar lima peratus secara berperingkat juga memberi ruang masa kepada perniagaan untuk melaksanakan pelbagai langkah menjimat elektrik bagi menurunkan kadar penggunaan elektrik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Najib juga mendakwa, seperti Petronas yang dijarah teruk syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga telah dimangsakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) setelah hasil kerajaan jatuh akibat ekonomi yang lembab sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Ini jelas kelihatan dari graf harga saham TNB yang sudah jatuh separuh sejak PRU-14. Sebagai contoh, syarikat TNB telah membayar dividen sebanyak 80 sen setiap saham pada tahun 2020 walaupun keuntungan cuma 63 sen tahun tersebut.

“Ini adalah kerana kerajaan melalui Khazanah Nasional merupakan pemegang saham terbesar TNB diikuti oleh tabung-tabung simpanan rakyat seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan sebagainya,

“Selepas PRU-14, kerajaan yang terdesak juga telah mengenakan tuntutan penalti cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tambahan ke atas TNB sebanyak RM5.71 bilion secara tiba-tiba,” katanya.

Menurutnya, TNB kini sedang melawan tuntutan LHDN di mahkamah namun ianya sudah menambah kepada ketidaktentuan bagi syarikat berkenaan sehingga pelabur lari dari saham ini.

“Disamping itu, cukai korporat yang dikenakan ke atas TNB bagi tahun 2022 telah dinaikkan dari 24 peratus ke 33 peratus.

“Akibatnya, keuntungan dan rizab tunai TNB telah jatuh mendadak sejak PRU-14 dan ini memberi impak kepada keuntungan dan harga sahamnya bagi jangka masa sederhana dan panjang yang akhirnya rugi adalah kerajaan dan rakyat melalui tabung-tabung simpanan mereka.” katanya.

Najib berkata, untuk menangani isu berkenaan beliau mencadangkan supaya menurunkan dan menyelesaikan dengan segera tuntutan penalti cukai LHDN ke atas TNB serta mengecualikannya dari Cukai Makmur dengan segera.

“Cara ini memberi ruang nafas bagi TNB, memberi pulangan paling besar kepada kerajaan serta tabung-tabung simpanan rakyat dan juga dapat membendung atau menurunkan tekanan inflasi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here