SERAMAI 12,157,974 individu atau 51.9 peratus populasi dewasa sudah menerima dos penggalak Covid-19, setakat semalam.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 22,927,434 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap divaksinasi.
Manakala 99.1 peratus atau 23,204,846 penduduk dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, seramai 2,789,988 populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,868,262 individu atau 91.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 100,810 dos diberikan semalam membabitkan 2,497 dos pertama dan 2,603 bagi dos kedua.
Manakala, sebanyak 95,710 dos penggalak diberikan semalam, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,743,710 dos. – Malaysiapost

