517,107 kanak-kanak daftar vaksin Covid-19 – KJ

0
2
PUTRAJAYA, 17 Feb -- Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin pada sidang media yang diadakan secara maya di pejabatnya hari ini. Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas dikenali sebagai Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk menguruskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Turut sama, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, seramai 517,107 kanak-kanak berusia dari lima hingga 11 tahun di Malaysia didaftarkan untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICK Kids).

Menerusi ciapan di Twitternya, Khairy berkata, data yang direkodkan semalam itu merupakan satu tanda permulaan yang baik ke arah memastikan seluruh masyarakat dilindungi daripada pandemik Covid-19.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus menyampaikan manfaat kepada rakyat berhubung keperluan mendapatkan vaksin.

“517,107 kanak-kanak (5-11 tahun) di Malaysia telah didaftarkan untuk vaksin Pfizer Covid-19 oleh ibu bapa mereka.

“Ini ialah ~15 peratus daripada jumlah kohort (~ 3.6mn). Permulaan yang baik dan KKM akan terus menyampaikan faedah mendapatkan vaksin,” katanya.

Dalam ciapan berasingan, Khairy berkata, beliau berharap hampir separuh kanak-kanak di Malaysia akan mendapat suntikan vaksin Covid-19 menjelang penghujung Februari ini.

“Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (CITF-C) di bawah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali akan bekerja keras bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Pautan tempahan untuk #PICKids sedang diusahakan berdasarkan tarikh pendaftaran. Ibu bapa yang belum menerima pautan, jangan risau. Anda akan mendapatnya tidak lama lagi,” ciapnya.

Minggu lalu, Khairy memaklumkan sistem tempahan janji temu pemberian vaksinasi kanak-kanak melalui MySejahtera akan dibuka akhir bulan ini, bermula di Lembah Klang dulu.

Melalui inisiatif itu, KKM menyasarkan 70 peratus kanak-kanak lima hingga bawah 12 tahun dalam sistem pendidikan, dapat diberikan dos satu vaksin Pfizer (kanak-kanak) dalam tempoh dua bulan dari tarikh program dilancarkan pada awal bulan depan dan 80 peratus akan menerima dos lengkap dalam tempoh enam bulan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here