King Gopal bimbing Selangor?

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

TINDAKAN bekas jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagopal memuat naik sekeping gambar memakai jersi Selangor menimbulkan spekulasi sama ada beliau akan kembali membimbing skuad Gergasi Merah berkenaan.

Menerusi akaun Twitter miliknya, jurulatih berusia 64 tahun itu memuatnaik gambar yang turut memaparkan seperti beliau sedang ditemuramah oleh dua lelaki, di mana salah seorang memegang telefon.

“Hope everyone is having a good day. Wishing youll the best,” kata Rajagopal ringkas.

Tindakan Rajagopal itu menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong adakah beliau bakal menjadi ketua jurulatih Selangor yang baru selepas B Sathianathan dipecat, kelmarin.

Ia susulan aksi tidak konsisten Selangor dalam saingan Liga Malaysia terutama sekali dimalukan JDT 6-1, baru-baru ini.

Tugas Sathianathan itu kini dipangku sementara oleh Pengarah Teknikal, Michael Feichtenbeiner, bermula semalam.

Sementara itu, nama Rajagopal bukanlah asing dalam kalangan penyokong Gergasi Merah kerana pernah bergelar pemain pada 1978 hingga 1980.

Malah, beliau pernah membimbing pasukan itu pada 1999 hingga 2000, di mana Selangor menjuarai Liga Perdana (kini Liga Super) pada tahun 2000. -Malaysiapost