Ebit bantu mangsa ribut di Ipoh

0
2

PENDUDUK di beberapa kawasan di Ipoh yang kediaman mereka terjejas akibat dilanda ribut petang semalam menerima sedikit sumbangan daripada pendakwah bebas, Ebit Lew yang meninjau keadaan mangsa, hari ini.

Difahamkan lebih 200 rumah rosak termasuk bumbung diterbangkan akibat ribut yang melanda kawasan Desa Seri Chepor, Kampung Tawas, Kampung Tasek Damai, Klebang dan Taman Desa Impian.

Menurut Ebit, dia kini di Ipoh bagi meninjau keadaan penduduk yang terjejas dan memberi bantuan terutama masyarakat kaum Cina yang akan menyambut Tahun Baru Cina.

“Misi ke rumah musnah kesan ribut dan puting beliung. Doakan kami tengah order zink dari KL sekejap lagi sampai.

“Sebab kedai hardware sini tutup cuti. Berat ujian mereka. Di Kampung Tawas ni ramai masyarakat Cina siap-siap nak sambut raya cina habis semua atap bilik dinding. Beri sedikit hadiah dan beri kata semangat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, kebanyakan mangsa kini menumpang di dewan orang ramai kerana kediaman mereka rosak akibat bencana alam itu.

Ebit berkata, selain ke Kampung Tawas, dia juga ke Desa Seri Impian kawasan yang turut terjejas akibat ribut berkenaan.

“Habis rumah mereka. Beri sedikit sumbangan dan doa buat mereka,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here