Caj pengeluaran RM1 ATM bermula esok

0
2

CAJ transaksi pengeluaran RM1 menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan mula dikuatkuasakan semula kepada pelanggan, berkuatkuasa esok.

Terdahulu, beberapa bank termasuk Maybank, Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Bank, RHB Bank, Citibank dan HSBC telah memuat naik notis berkenaan di platform media sosial mereka pada pertengahan Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, laman media sosial hari ini dipenuhi dengan ingatan netizen mengenai caj transaksi RM1 yang akan dikenakan semula kepada pengguna mulai esok.

Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan pengecualian caj pada sistem MEPS pada 6 April 2020.

Langkah itu bagi membolehkan orang ramai mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS semasa perintah kawalan pergerakan tanpa perlu dikenakan caj RM1.

Caj RM1 yang dikenakan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) kepada pelanggan.

Bank Negara Malaysia (BNM) adalah pemegang saham terbesar dalam PayNet, manakala baki sahamnya dikuasai konsortium 11 bank. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here