Kerajaan digesa kaji gaji minima yang baru – MTUC

0
2

KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), menggesa kerajaan untuk menaikkan gaji minima yang sepatutnya berlaku pada 1 Januari lalu selaras dengan Akta Gaji minima yang memerlukan kajian dibuat sekali dalam dua tahun.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor, berkata kali terakhir gaji minima dinaikkan adalah pada 1 Januari 2020.

“MTUC menunggu pengumuman kerajaan berkaitan kebaikan gaji minima yang baru, tetapi dikejutkan dengan pengumuman kenaikan tarif elektrik kepada pengguna bukan domestik yang diumumkan.

“Kenaikan tarif elektrik kepada pengguna bukan domestik kerana dikenakan surcaj akan memberi kesan terhadap kenaikan harga barangan lain.

“Pihak industri akan memindahkan kos kenaikan tarif itu kepada pengguna dan akhirnya pengguna akan terjejas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kenaikan gaji minima dan kenaikan tarif elektrik memberikan kesan dab inoak kepada golongan pekerja kerana kenaikan gaji minima akan membantu pekerja, manakala kenaikan tarif elektrik akan membebankan golongan pekerja.

“Bagaimana kerajaan dapat mengekang kenaikan harga barangan yang akan datang sedangkan barang kawalan seperti minyak masak telah dijual melebihi harga kawalan.

“Laporan gaji pekerja pembersihan di Singapura yang boleh mencapai RM10,000 boleh dijadikan panduan kepada kerajaan bagi mengkaji kaedah gaji minima di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, MTUC akan berhubung dengan Kesatuan di Singapura bagi mendapatkan penjelasan dan kaedah yang terbaik dalam pelaksanaan gaji minima yang baru.

Menurutnya, pihak kesatuan juga bimbang dengan keadaan semasa isu-isu pekerjaan seoerti isu buruh paksa, pindaan Akta Kerja, Akta Perhububgan Perusahaan, Akta Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, dan pelbagai isu lain yang masih tertunggak.

“MTUC telah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan bersedia untuk berbincang serta mendengar nasihat daripada beliau untuk kebaikan Keluarga Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here