95,670 penduduk dewasa terima dos penggalak semalam

0
2
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

MALAYSIA mencatatkan seramai 95,670 individu dewasa telah menerima suntikan dos penggalak Covid-19, semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif bagi pemberian dos penggalak meningkat kepada 11,809,467 atau 50.4 peratus setakat ini.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 22.93 juta atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa telah lengkap divaksinasi.

Manakala, 23.2 juta individu atau 99.1 peratus daripada kumpulan itu, menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara, bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2.78 juta individu atau 88.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksinasi, manakala 2.86 juta individu atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Statistik harian menunjukkan sejumlah 97,300 dos vaksin telah diberikan semalam membabitkan 732 dos pertama dan 898 dos kedua. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here