KETUA Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil, berpendapat Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz perlu menjelaskan lebih lanjut mengenai isu pinjaman tanpa cagaran kepada Genting Hong Kong.
Menurutnya, penjelasan perlu diberikan sama ada benar beliau telah meluluskan pinjaman tanpa cagaran itu ketika memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Bank.
Menurutnya, ia kerana pinjaman tersebut dibuat sehingga 2019 adalah bercagaran, dan pinjaman tanpa cagaran yang bermasalah dibuat semasa atau selepas tahun 2019.
“Zafrul kata bank boleh luluskan pinjaman tanpa cagaran. Dan dia kata pinjaman tanpa cagaran kepada syarikat Genting Hong Kong yang bankrap itu telah dibuat sebelum wabak Covid-19.
“Menurut kenyataan media syarikat Genting Hong Kong pada tahun 2012, pinjaman yang dibuat pada tahun 2012 adalah pinjaman bercagaran (secured loan) untuk tempoh 7 tahun (sehingga tahun 2019),” katanya dalam hantaran Facebook.
Isham berkata, faktor utama yang dibimbangi adalah apabila syarikat itu bankrap, dengan ketiadaan cagaran amat sukar untuk bank mendapatkan semula pinjaman atau pelaburan dari syarikat tersebut.
Semalam, Tengku Zafrul mendedahkan tiga bank tempatan iaitu RHB, CIMB dan Maybank kelulusan membenarkan pinjaman tanpa cagaran kepada Genting Hong Kong dilakukan sebelum pandemik Covid-19 melanda Malaysia. – Malaysiapost

