Lebuhraya PLUS arah Tapah-Gopeng sesak akibat nahas treler

0
3

KESESAKAN aliran trafik dilaporkan berlaku dari Bidor ke Tapah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berikutan terdapat kemalangan melibatkan sebuah treler cerucuk konkrit.

Menerusi hantaran Facebook Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), kemalangan berlaku di Kilometer (KM) 302.4 laluan Tapah-Gopeng arah utara.

Katanya, kesesakan trafik berlaku sepanjang 11 KM arah selatan dari Simpang Pulai ke Tapah berikutan kemalangan membabitkan treler tersebut.

Sehubungan itu, LLM mengingatkan pengguna lebuhraya PLUS agar berhati-hati dan memandu dengan cermat apabila melalui kawasan tersebut. -Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here