Boleh ‘walk in’ dos penggalak di PPV seluruh negara mulai esok

0
2
Seorang penerima vaksin melihat kad penerimaan vaksin setelah dicucuk vaksin AstraZaneca di PWTC.

ORANG ramai berusia 18 tahun ke atas boleh mendapat suntikan dos penggalak secara ‘walk in’ di semua pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara bermula esok.

Perkara itu diumum Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang berkata, ia selari dengan pengumuman pihaknya pada 26 Januari lalu berhubung Pelaksanaan Vaksinasi Dos Penggalak Covid-19 secara ‘walk in’ di PPV Integrasi Lembah Klang.

Bagi PPV pengamal perubatan swasta, Khairy berkata, individu dimohon menghubungi klinik swasta yang terlibat bagi menentukan masa yang sesuai untuk mendapatkan vaksinasi dos penggalak.

“Ini bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan SOP dipatuhi setiap masa, mengambil kira ruang yang terhad di klinik swasta.

“Senarai PPV dan PPV swasta boleh disemak di laman web Protecthealth iaitu www.protecthealth.com.my. Senarai tersebut akan dikemas kini dari masa ke semasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khairy juga menjelaskan, jenis vaksin penggalak adalah terhad kepada bekalan yang ada di setiap PPV.

“Individu yang ingin hadir secara ‘walk in’ adalah dimohon mempunyai sijil vaksinasi digital yang lengkap di dalam MySejahtera bagi melancarkan proses vaksinasi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here