Tasha Shilla umum hamil anak kedua

0
3

PELAKON, Tasha Shilla mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Berita gembira itu dikongsikan Tasha atau nama sebenarnya Natasha Shiela Abdul Razak, 35 menerusi hantaran di Instagramnya, hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut berharap orang ramai mendoakan kehamilan dirinya diberi kemudahan dan kelancaran oleh Allah SWT untuk mengharungi kehamilan kedua ini.

“Assalamualaikum.. syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Khabar gembira buat kami sekeluarga ialah kehamilan yang kedua buat saya.

“Pada hari Jumaat yang mulia ini saya harap kalian doakan semoga semua berjalan dengan lancar dan baik In shaa Allah.

“Take care semua, stay healthy dan semoga berjaya dunia akhirat.

“Saya dan keluarga juga turut mendoakan pada pasangan yg masih menanti, semoga pada masa yg akan datang dihadiahkan amanah Allah SWT,” tulisnya.

Tasha mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq Idris pada Februari 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raess Zander yang kini berusia 10 bulan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here