ECERDC tarik pelaburan komited RM13.4 bilion – PM

0
3

MAJLIS Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah berjaya mencapai pelaburan komited swasta berjumlah RM13.4 bilion sehingga 31 Disember 2021.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah itu melepasi sasaran pelaburan komited yang telah ditetapkan sebanyak RM12 bilion.

Katanya, kerjasama erat kerajaan-kerajaan negeri dan Persekutuan membolehkan pelaksanaan projek dan program di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) serta pelbagai inisiatif promosi pelaburan dilaksanakan dengar lancar.

“Difahamkan setakat 31 Disember 2021 ini juga, ECERDC telah mencapai 40%, iaitu RM27.7 bilion daripada sasaran pelaburan komited yang ditetapkan dalam Pelan Induk ECER 2.0 berjumlah RM70 bilion.

“Pencapaian ini menunjukkan sokongan kerajaan terutama dengan pelaksanaan projek infrastruktur strategik dan pelanjutan pakej insentif di ECER terbukti berkesan dalam meningkatkan daya saing Wilayah ECER sebagai destinasi pelaburan pilihan,” katanya hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here