Ketum seberat 800kg dirampas

0
2

PASUKAN Polis Marin (PPM) merampas sebanyak 80 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum yang ditemui di Jalan Sematang Pinang, dan perairan berhampiran Kuala Kedah, awal pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim, berkata 50 bungkusan tersebut di daratan pada jam 5 pagi, manakala 30 lagi ditemui di laut empat jam kemudian

“Bungkusan terbabit dirampas oleh Unit Risik Marin PPM Kuala Kedah bersama Unit Risik Kompeni D Pasukan Gerakan Am Batalion 2 Kuala Perlis dalam Operasi Khas Musim Perayaan Tahun Baru Cina.

“Rampasan di daratan dianggarkan seberat lebih kurang 500 kilogram (kg) ditemui tanpa pemilik di kawasan kejadian, katanya.

“Hasil maklumat unit risikan, terdapat satu lagi lokasi di laut di mana terdapat bungkusan plastik hitam juga disyaki mengandungi daun ketum.

“Sebuah bot ronda PPM ke lokasi dan berjaya menemui 30 bungkusan plastik hitam juga mengandungi daun ketum dianggarkan seberat lebih kurang 300 kg pada jam 9 pagi pada jarak 1.5 batu nautika dari daratan Kuala Kedah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ramlasan di lokasi kedua juga tidak mengesan mana-mana individu yang mencurigakan berada di sekitar tempat kejadian.

Shamsol berkata, anggaran keseluruhan rampasan adalah RM64,000 dan kesemua rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Beliau menyeru agar komuniti maritim yang mempunyai maklumat berkaitan penyeludupan untuk menjadi mata dan telinga pihak polis supaya dapat sama-sama membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here