11,531,403 populasi Malaysia telah terima dos penggalak

0
3
Penerima-penerima hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol hari ini.

MALAYSIA mencatatkan seramai 11,531,403 individu sudah menerima suntikan dos penggalak Covid-19 setakat semalam atau 35.3 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan.

Jumlah pemberian dos penggalak harian yang diberikan semalam pula adalah sebanyak 199,251 dos.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, secara keseluruhan 63,100,577 dos vaksin sudah diberikan membabitkan 78.7 peratus keseluruhan populasi lengkap divaksinasi dan 79.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Populasi dewasa yang lengkap vaksinasi adalah sebanyak 97.9 peratus, manakala remaja berusia 12 hingga 18 tahun adalah sebanyak 88.5 peratus.

Statistik harian menunjukkan sejumlah 203,613 dos vaksin telah diberikan semalam membabitkan 1,660 dos pertama dan 2,702 dos kedua. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here