Video tular dakwa guna plasebo dalam vaksin Covid-19 palsu

0
2
grafik

TIADA penggunaan plasebo dalam vaksin Covid-19 yang digunakan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), seperti didakwa dalam sebuah video tular di Facebook.

Menerusi kenyataan pasukan respons pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memaklumkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menafikan dakwaan daripada video tular tersebut.

“KKM menegaskan bahawa dakwaan video tersebut adalah tidak benar kerana semua produk farmaseutikal termasuk vaksin yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hanya mengandungi bahan aktif dan eksipien yang telah diperakukan untuk dipasarkan dan bukanlah sejenis plasebo.

“KKM menjelaskan bahawa plasebo hanya digunakan semasa peringkat kajian klinikal tetapi bukan di dalam produk berdaftar yang digunakan dalam PICK,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, KKMM turut menasihati orang ramai agar tidak mudah mempercayai maklumat daripada sumber yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan.

“Sebaliknya sentiasa merujuk media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang sahih,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here