Omicron: Tiada ‘lockdown’, kompaun berat namun fokus patuhi SOP – KJ

0
2

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin menggesa orang ramai untuk terus fokus dan bekerjasama dalam pemerkasaan komuniti bagi menangani gelombang varian Omicron di Malaysia.

Menerusi hantaran di Twitter miliknya, Khairy turut memberi jaminan bahawa tiada pelaksanaan sekatan pergerakan dan kompaun berat yang akan dikenakan.

Sebaliknya, beliau meminta rakyat untuk fokus kepada tingkah laku masing-masing dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Dengan gelombang Omicron yang bermula di Malaysia, kita perlu bekerjasama dengan pemerkasaan komuniti.

“Tiada penutupan dan kompaun berat. Sebaliknya, mari kita fokus pada tingkah laku kita sendiri.

“Pakai topeng muka terutama di kawasan sesak. #TRIIS. Dapatkan semangat. Sokong #PICKids,” katanya.

Ia susulan kes baharu Covid-19 hari ini terus mencatatkan peningkatan mendadak apabila melaporkan sebanyak 5,439 kes.

Semalam, negara mencatatkan 4,744 kes baharu Covid-19 manakala 4,066 kes dilaporkan kelmarin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here