Ahmad Fadhli kini Ketua Pemuda PN

0
2

KETUA Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari dilantik sebagai Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan Senator Ir Khairil Nizam Khiruddin.

Perkara itu dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Pemuda PN hari ini.

Ahmad Fadhli, 41, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada bagi sesi 2021-2023 pada 31 Oktober lalu.

Sementara itu, Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata kepimpinan sayap itu akan wala’ kepada kepimpinan Pemuda PN yang baharu di bawah Ahmad Fadhli.

“Disiplin dan adab berjemaah khusus tanzim siyasi amat penting khusus dalam menuju Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan tiba tidak lama lagi,” katanya.

Beliau juga merakamkan terima kasih kepada Khairil Nizam yang merintis perjuangan sayap Pemuda PN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here