Pian Cecupak meninggal dunia

0
2

PELAWAK, Pian Cecupak meninggal dunia selepas terjatuh dalam bilik air di rumah ibunya di Flat Sentul Murni malam tadi.

Perkhabaran itu disahkan adiknya, Hassenah yang memaklumkan Piano atau nama sebenarnya, Mohd Rafik Abdul Raman, 52, ditemui oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik air jam 8 malam tadi.

“Punca kematiannya belum diketahui. Sepatutnya abang ada tawaran persembahan esok (hari ini), tapi kami tidak pasti di mana.

“Proses pengebumian juga belum dapat dipastikan di mana buat masa ini. Buat masa ini jenazahnya masih di rumah emak dan selepas ini akan ditempatkan di surau,” katanya memetik laporan Harian Metro. 

Allahyarham Pian pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami kesukaran bernafas pada Oktober 2018 dan beliau kerap semput serta sering menerima rawatan doktor.

Doktor kemudian mengesahkan beliau mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW).

Allahyarham mempunyai dua anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri, namun bercerai pada tahun 2000. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here