Vida tak kata Anuar Zain ‘gay’, tapi ‘kay’ bermaksud ‘okay’

0
3
IPOH 06 APRIL 2017. (METRO KAFE AHAD) Temubual pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman,46, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida. NSTP/EFFENDY RASHID

JUTAWAN Kosmetik, Datuk Seri Vida menafikan dakwaan kononnya dirinya melabel penyanyi popular, Anuar Zain sebagai seorang lelaki homoseksual atau gay.

Sebaliknya Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 51, berkata terpulang kepada penerimaan individu atau pihak yang menyaksikan siaran langsung (IG Live) yang ditularkan semula menerusi TikTok.

Sebelum itu, menerusi video terbabit, terdapat suara seseorang yang bertanyakan kepada Vida supaya memikat Anuar.

“Datuk, cubalah mengurat Anuar Zain,” kata orang itu.

Vida pula membalas pertanyaan itu tetapi tidak kedengaran jelas antara ‘Kay’ dan ‘Gay.

Susulan itu, usahawan kosmetik sensasi itu diselar biadab dan sesuka hati menilai kecenderungan seksual orang lain termasuk.

Bagaimanapun, Vida menjelaskan dia tidak bermaksud untuk menyebut perkataan ‘gay’ merujuk kepada pelantun lagu Sedetik Lebih itu.

“Saya sebut ‘okay’ bukan ‘gay’. Janganlah terasa mak-mak ayam di luar sana. Saya hanya bergurau dan tidak bermaksud apa-apa pun.

“Tapi saya faham apapun yang keluar dari bibir saya, orang tak percaya saya tentang isu ini. Saya memang akan kena kecam. Aduhai, pening saya memikirkannya.

“Mereka akan cakap saya dahaga perhatian dan sebagainya. Saya sendiri lupa bila punya siaran langsung (IGLive) yang orang tularkan. Dalam 12 Januari tempoh hari,” katanya seperti dilapor Kosmo!. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here