PRN Johor: MIC tidak mahu kerusi hanya diberi peluang

0
2

MIC telah mengenal pasti empat hingga lima kerusi yang boleh menang jika diberi peluang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Presidennya, Tan Sri S Vigneswaran berkata, MIC akan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Perhubungan Umno Johor yang juga Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berhubung persiapan Barisan Nasional (BN) termasuk pembahagian kerusi-kerusi antara parti-parti komponen gabungan itu.

“Selepas itu saya akan bertemu dengan kepimpinan BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk bincang seterusnya kerusi-kerusi mana yang sepatutnya ditanding oleh MIC,” katanya dipetik Johorkini, hari ini.

Mengulas lanjut, Vigneswaran berkata, MIC tidak akan bertanding dalam sesuatu kerusi kerana hanya diberi peluang.

“Bukan kita ini nak bertanding supaya kita dapat bertanding. Kalau kita tak boleh menang pun tak guna.

“Jadi, perkara yang harus kita pertimbangkan adalah di mana kerusi-kerusi yang jika diberi peluang kepada MIC kita boleh menang bagi pihak MIC,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here