Drama bersiri Squid Game musim kedua bakal ditayangkan

0
2

SEMESTINYA peminat drama bersiri popular Netflix, Squid Game, teruja dan tidak sabar selepas siri tersebut disahkan akan kembali untuk musim kedua tidak lama lagi.

Memetik laporan Daily Star, drama bersiri dari Korea Selatan itu akan menampilkan perubahan besar dalam barisan pelakonnya untuk siri akan datang.

Ia kerana kebanyakan pelakon musim pertama siri drama Netflix itu telah disingkirkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Netflix, Ted Sarandos memaklumkan kepada pelabur bahawa siri drama yang mendapat sambutan hangat pada tahun lalu itu akan menjadi francais besar untuk perkhidmatan laman penstriman.

Sarandos mengumumkan berita itu ketika spekulasi mengenai masa depan drama bersiri tersebut heboh diperkatakan pelbagai pihak.

Sebelum ini, beberapa pelakon dan pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk mendedahkan drama itu akan kembali semula.

Langkah untuk membawa Squid Game musim kedua selepas Netflix mengesahkan drama bersiri itu menjadi paling popular dan paling tinggi tontonan di laman penstriman.

Dalam masa sama, Netflix memaklumkan, pada musim luruh lalu, Squid Game musim pertama mencecah 111 juta peminat dalam tempoh 28 hari pertama tayangan sejak kali pertama ditayangkan pada September tahun lalu.

Ketika majlis meraikan kejayaan Squid Game pada November lalu, Hwang menyatakan pihaknya sudah pun membuat rancangan untuk pembikinan Squid Game musim kedua.

Dong-hyuk juga mengesahkan pelakon Lee Jung-jae akan kembali semula memegang watak utama sebagai Seong Gi-hun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here