SELEPAS mencatat lebih 4,000 kes harian Covid-19 dalam dua hari berturut-turut, penularan wabak itu di negara ini kembali menurun kepada 3,856 kes baharu hari ini.
Angka itu menunjukkan sedikit penurunan selepas dua hari berturut-turut kes melepasi 4,000 kes iaitu 4,116 kes semalam dan 4,046 kes pada Jumaat.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,832,945 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya di Facebook, hari ini. – Malaysiapost

