Jangan sebar berita tidak sahih mengenai kesihatan Tun M – Anuar Musa

0
2

ORANG ramai diminta tidak menyebarkan sebarang berita tidak sahih mengenai keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, berkata masyarakat perlu menghormati keluarga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

“Di pohon orang ramai tidak menyebarkan apa apa berita mengenai keadaan Tun M, kecuali datang dari keluarga atau hospital secara rasmi.

“Hormati situasi keluarga Tun saat ini. Sebaliknya kita turut berdoa agar Allah SWT permudahkan segala urusan rawatan Tun, dan semoga Tun segera sihat,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Anuar Musa turut memberikan sumbangan makanan dan minuman kepada pengamal media yang ‘berkampung’ di IJN sejak semalam bagi mendapatkan berita terkini perkembangan mengenai kesihatan Dr Mahathir.

Sementara itu dalam satu lagi ciapan, beliau turut memberi sumbangan makanan dan minuman kepada pengamal media yang ‘berkampung’ di IJN sejak semalam bagi mendapatkan berita terkini perkembangan mengenai kesihatan Dr Mahathir.

“Kesian tengok rakan rakan media gigih berkampung di IJN, sejak semalam untuk mendapatkan berita terkini keadaan Tun M.

“Kita hantar sedikit makanan dan minuman untuk mereka sebentar tadi,” katanya.

Semalam anak Dr Mahathir, Datin Marina dalam kenyataan, memaklumkan bapanya berada di dalam keadaan stabil di Institut IJN dan memberi tindak balas yang baik kepada rawatan.

“Sejak dua hari lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad dirawat di IJN lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari lalu.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi tindak balas yang baik kepada rawatan. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” katanya.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk kali ketiga sejak Disember lalu dimana kali pada 16 Disember lalu, beliau dimasukkan ke pusat sama untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.

Kali kedua bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan adalah pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here