Lelaki warga asing buat onar

0
2

PERBUATAN jijik seorang lelaki dipercayai warga asing menunjukkan kemaluannya kepada penjaga kaunter wanita sebuah kedai serbaneka kini tular di media sosial.

Kejadian itu tular melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan yang memaparkan lelaki terbabit yang berpakaian T-shirt berwarna hijau dan seluar jeans.

Video berdurasi 39 saat itu menunjukkan kemaluan lelaki berkenaan terkeluar daripada seluarnya yang tidak di zip atau dibutangkan.

Lelaki terbabit juga dilihat tidak memakai pelitup muka dengan betul ketika membuat pembayaran di kaunter bagi barangan yang dibelinya.

Wanita yang menjaga kaunter pembayaran berkenaan bagaimanapun dilihat tenang ketika menerima dan memulangkan baki wang bayaran lelaki terbabit

Berdasarkan keterangan berhubung video tular berkenaan, kejadian dikatakan berlaku di Pasir Panjang, Manjung, Perak namun kesahihan lokasi serta bila kejadian berlaku tidak dapat dipastikan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here