PM santuni mangsa banjir di Temerloh

0
2

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di Temerloh, Pahang, hari ini.

Antara kawasan terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini yang disantuni adalah di Kampung Guai, Kampung Charuk Puting dan Kampung Batu Bor.

Selain bertanya khabar, Ahli Parlimen Bera itu turut menyerahkan sumbangan seperti toto, dapur masak, serta kit bantuan banjir yang berisi tuala serta makanan.

“Sebanyak RM500,000 diperuntukkan untuk membina dewan serbaguna di Kampung Guai.

“Dewan ini harus dibina di tempat lebih tinggi bagi mengelak ia terjejas akibat banjir dan boleh dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut memaklumkan, kerajaan melalui Jawatankuasa Khas sedang merangka strategi bagi menangani banjir agar bencana ini tidak berulang dan merosakkan harta benda sehingga menyebabkan kerugian yang besar.

Dalam bencana banjir yang melanda negara pada Disember tahun lalu dan awal bulan ini, Temerloh adalah antara kawasan di Pahang yang terjejas akibat bencana itu – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here