Individu kasari gelandangan diburu

0
2

POLIS kini memburu individu yang dipercayai mengasari seorang gelandangan dengan menendang perut mangsa seperti dalam video tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya menjalankan siasatan selepas video berkenaan tular

“Di dalam video tersebut menunjukkan kejadian seorang gelandangan di kasari oleh individu lain.

“Pihak polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi kini sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999,” ujarnya.

Malaysiapost semalam melaporkan seorang gelandangan yang menjadikan kawasan berhampiran sebuah pusat beli belah di ibu negara sebagai tempat tidurnya di kasari oleh individu yang cuba membersihkan kawasan terbabit.

Kejadian itu dirakam oleh individu yang menyaksikan kejadian itu sebelum video berkenaan tular di media sosial sejak kelmarin.

Video berdurasi seminit 54 saat itu memaparkan gelandangan terbabit ditendang di bahagian perut oleh seorang lelaki hingga terduduk menahan kesakitan.

Difahamkan kejadian berlaku berhampiran sebuah pusat beli belah di ibu negara kira-kira jam 7 pagi 14 Januari lalu, ketika beberapa petugas pihak berkuasa tempatan (PBT) membersihkan kawasan yang dijadikan tempat tidur gelandangan terbabit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here