‘Selamat Jalan?’, fitnah dan palsu – Najib

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan sekeras-kerasnya hantaran ‘Selamat Jalan?’, yang didakwa daripada Facebook (FB) miliknya.

Sebaliknya, jelas beliau, posting itu telah disunting dengan menggunakan laman sosialnya, ianya adalah fitnah.

Ahli Parlimen Pekan itu yang dilihat ‘panas hati’ selepas dituduh individu bernama Adam, berkata bahawa posting palsu seperti itu mudah untuk disunting.

“Pada ketika ini pun, Geng Atok masih lempar fitnah terhadap saya. Sejak bila saya buat posting begitu?

“Dari mana kamu dapat screenshot kononnya saya pernah post ‘Selamat jalan?’

“Takkan kamu tak tahu bahawa ianya adalah terlalu mudah untuk edit posting FB palsu?,” katanya menerusi Facebook.

Ia berikutan pengguna Facebook, Adam itu menyoal Najib kenapakah beliau memadam status itu dan selamat jalan tersebut untuk siapa.

Sementara itu, Najib turut tidak berpuas hati dengan kenyataan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad dari Pakatan Harapan (PH) yang menggelarnya ‘cytro’ selepas melihat hantaran ‘Selamat Jalan?’ itu yang didakwa daripada bekas Menteri Kewangan itu.

“Ini satu lagi. Ahli Parlimen PH Perlis yang cukup giler,” katanya.

Amin menerusi hantaran Facebooknya menulis: “Bila bagi cytro jaga akaun FB” dan memuat naik gambar status Najib itu.

Susulan itu, ramai netizen mengecam tindakan Amin tersebut yang disifatkan tidak matang.

Ahmad Danial: “Dari dulu PH dan fitnah berpisah tiada…edit gambar benda biasa puak PH ni buat.

Syam pula berkata: “Seburuk buruk najib tu, aku rasa dia tau juga ucapan yg perlu atau tidak. Nampak sangat kemaruk jawatan kau ni.”

Azizi Mohamad berkata: “Memang bodoh lagi bangang la kau ni..dalam Parlimen pun penyalak je entah apa..kat FB pun menyalak jugak benda entah apa..tak layak jadi YB kau ni..sapa la yg undi dia ni jadi wakil orang Perlis ni.” – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here