6 atlet terjun positif Covid-19

0
2
grafik

ENAM atlet sukan terjun negara disahkan positif Covid-19 selepas seorang daripada mereka menjadi kontak rapat kepada individu positif wabak berkenaan baru-baru ini.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, berkata individu itu telah dijangkiti daripada seorang ahli keluarganya sebelum menjalani latihan di Kompleks Sukan Negara.

Katanya, tanpa disedari atlet terbabit turut menjangkiti lima atlet lain dan kini kesemua mereka telah ditempatkan di Kompleks Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan untuk tujuan pengasingan dan pemantauan.

“Buat masa ini, kem latihan atlet negara di Bukit Jalil, satu kluster Covid-19 dikesan melibatkan skuad terjun.

“Ketika ini, enam orang disahkan positif tetapi kesemuanya tidak menunjukkan apa-apa simptom,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika bercakap dengan pemberita selepas majlis perasmian pembukaan Akademi Tunas Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) di Hulu Kinta, Perak pada Sabtu.

Tambah Ahmad Shapawi, pihaknya bersama dengan Jabatan Kesihatan Daerah sedang giat mengambil langkah-langkah perlu termasuk melakukan pengesan kontak rapat.

Ditanya sama ada MSN akan melaksanakannya latihan atlet berdasarkan kepada sistem gelembung sukan, Ahmad Shapawi berpandangan pelaksanaannya tidak perlu.

“Sebaliknya, MSN meminta agar semua atlet dapat melakukan kawalan kendiri bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here