Abang Ali PPIM meninggal dunia

0
2

AKTIVIS Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM), Ali Salimin, 55, atau lebih dikenali Abang Ali meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Pagoh hari ini.

Berita tersebut disahkan Pengerusi PPSM Yusuf Azmi, menerusi hantaran video di Facebooknya.

“Hari ini orang yang saya anggap abang, ada dengan saya hampir 10 tahun. Allah telah menjemput Abang Ali.

“Saya mohon doakan Abang Ali, saya kini dalam perjalanan ke Hospital Muar. Saya terasa sayap saya hilang.

“Beliau orang yang baik dan sentiasa ada dengan saya, jatuh dan bangun bersama, sentiasa duduk bersama dengan saya ketika susah, beliau duduk dengan saya ketika saya jatuh,” katanya dalam video itu.

Difahamkan, kemalangan tersebut berlaku jam 12.15 tengah hari tadi ketika Ali menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson.

Sementara itu, dalam video itu juga Yusuf memaklumkan beliau kini dalam perjalanan ke Hospital Muar bagi menguruskan jenazah Allahyarham. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here