Tidak perlu imbas suhu lagi – KJ

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju untuk tidak lagi mewajibkan penggunaan pengimbas suhu sebagai prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata perkara itu akan dipinda dalam sesi Mesyuarat Kuartet Covid-19 sebelum dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pengumuman ini membabitkan SOP seluruh negeri yang mana perkara ini akan dibawa ke Mesyuarat MKN namun KKM telah bersetuju supaya dikeluarkan penggunaan wajib pengimbas suhu daripada SOP.

“Selepas dipinda nanti pada sesi kuartet yang akan datang ia tidak lagi diwajibkan untuk premis-premis menyediakan pengimbas suhu dan memadai hanya imbas MySejahtera,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata langkah itu diambil berikutan KKM mendapati ia bukan langkah yang boleh mengekang penularan Covid-19.

Beliau menasihatkan mereka yang tidak sihat dan bergejala supaya kekal berada di rumah bagi membendung penularan penyakit.

“Selepas kami melihatnya…sebenarnya, ia tidak menjadi satu langkah yang boleh mengekang penularan Covid-19. Maksud saya, tidak ada kaitan.

“Nasihat saya, jika anda tidak sihat…kalau sesiapa bergejala jangan keluar. Itu saja. Tidak perlu lagi uji suhu sesiapa lagi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here