Harap persoalan pengeluaran KWSP dijawab – Asyraf Wajdi

0
2

ISU tuntutan rakyat mengenai pengeluaran RM10,000 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibangkitkan di Sidang Khas Dewan Rakyat, hari ini di harap diberi perhatian sewajarnya.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang membawa suara rakyat di Parlimen berhubung perkara itu hari ini.

Menurutnya, Setiausaha Agung Umno itu mencetuskan persoalan mengenai isu pengeluaran buat kali terakhir KWSP sebagaimana yang dibenarkan oleh Akta KWSP 1991 Seksyen 54 (k),(l) dan (m).

“Terima kasih YB Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agong Umno yang turut membawa suara dan tuntutan rakyat dan mencetuskan persoalan mengenai isu pengeluaran buat kali terakhir KWSP,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu Ahmad dalam ucapannya ketika Sidang Khas Dewan Rakyat, hari ini bertanyakan soalan tentang KWSP kepada Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mewakili permohonan rakyat ketika Covid-19 dan banjir.

Dalam soalannya, Kementerian Kewangan diminta menjelaskan langkah-langkah kerajaan untuk membantu pencarum yang kini simpanan kurang daripada RM10,000 dari sudut peningkatan pendapatan secara jangka masa sederhana dan panjang, terutama ketika ditimpa bencana.

“Saya juga ingin bertanya bahawa ada 6.83 juta pencarum memiliki lebih daripada RM10,000, malahan ratusan ribu KWSP, adakah mereka dibenarkan mengeluarkan akibat banjir atau Covid-19 dengan PKP 1.0 dan PKP 2.0?

“Seksyen 54 Akta KWSP 1991 menyebut ahli kumpulan wang itu memerlukan pembiayaan bagi maksud kelestarian hidup, boleh mengeluarkan. 

“Ahli kumpulan wang itu memerlukan pembiayaan untuk membantu menambah pendapatannya bagi maksud keberterusan hidup juga boleh mengeluarkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here