Pemain no 1 dunia sokong keputusan Zii Jia

0
3

PEMAIN badminton perseorangan lelaki nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen menyokong keputusan pemain negara, Lee Zii Jia untuk menjadi pemain profesional dengan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menerusi ciapan di Twitter hari ini, Axelsen memaklumkan bukan berniat untuk mencampuri urusan pemain utama negara itu dengan BAM, namun hanya menyuarakan pandangan.

“Jika seorang pemain merasakan yang terbaik untuk dia mengikut jalan lain di mana dia lebih bebas, maka pada pendapat saya, itulah yang harus dia lakukan.

“Setelah bermain menentang LZJ (Zii Jia) berkali-kali, saya yakin tidak kira apa pun, LZJ akan terus melakukan segala yang dia mampu untuk menghasilkan keputusan yang baik dan terus melakukan yang terbaik untuk menjadikan rakyat Malaysia, dan semua orang yang menyokongnya bangga.

“Hanya dia tahu apa yang terbaik dan saya melihat ke depan dengan harapan untuk mempunyai lebih banyak pertemuan menarik menentangnya. Ini bukan urusan saya, tetapi saya hanya mahu berkongsi pandangan,” ciapnya.

Semalam Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria mengesahkan Zii Jia, juara Seluruh England 2021 menghantar surat peletakan jawatan untuk meninggalkan persatuan itu.

Peletakan jawatan pemain nombor tujuh dunia itu dikatakan kerana tidak dapat menerima tekanan dan mahu mencapai impian mengikut rentaknya sendiri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here