‘Wang ihsan bukan aurat, kerajaan PAS Kelantan perlu perinci perbelanjaan’

0
2
KOTA BHARU 12 APRIL 2017. Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan, Hazmi Hasan dalam pertemuan di sebuah kedai makan, bandar Kota Bharu. STR/NIK ABDULLAH NIK OMAR

PARTI Amanah Negara (Amanah) Kelantan mencadangkan agar kerajaan Kelantan diterajui PAS mengumumkan kepada rakyat segala perbelanjaan dan perancangan hasil wang ihsan petroleum yang diterimanya.

Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan berkata wang tersebut mestilah digunakan untuk menambah baik infrastruktur dan membantu anak muda dan peniaga yang terkesan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jumlah duit “percuma” tanpa melibatkan hasil usaha kerja keras PAS yang menguasai kerajaan Kelantan ketika ini sudah terkumpul RM800 juta, pastinya bukan untuk kegunaan peribadi pimpinan parti itu.

“Tetapi ke mana dan apa butiran serta perincian penggunaan selepas wang itu diperuntukkan? Hutan semakin musnah, air kekal ‘beronar’, peluang pekerjaan terus merudum seperti dulu dan harga barang makin mencanak naik.

“Adakah pimpinan PAS Kelantan menganggap wang ihsan tersebut adalah aurat sehingga ia perlu disembunyi daripada pengetahuan rakyat?

“Apakah perancangan RM400 juta yang baru disalurkan itu dan apa yang sudah jadi
dengan RM400 juta yang lepas?,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hazmi berkata kerajaan Kelantan telah menerima RM800 juta wang ihsan disalurkan oleh kerajaan Persekutuan sama ada pada era Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan terkini Keluarga Malaysia.

Katanya, pada Disember 2019, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah meluluskan pemberian wang ‘one off’ sebanyak RM400 juta.

Terkini pula menurutnya, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz memaklumkan sebanyak RM200 juta telah diberi pada tahun 2020 dan jumlah sama disalurkan tahun lalu.

“RM800 juta itu adalah hasil perjuangan rakyat Kelantan dan tidak adil bila mana kerajaan dapat peruntukan tersebut tetapi suara dan pendapat rakyat yang bersama berjuang dalam hal ini diketepikan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here