‘Memalukan, menjijikkan dan menjengkelkan’

0
2

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sangat tidak berpuas hati dengan keputusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) melepaskan Tan Sri Azam Baki daripada tuduhan melanggar Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

Presidennya, Syed Saddiq Abdul Rahman menyifatkan keputusan SC melepaskan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu sebagai memalukan, menjijikkan dan menjengkelkan.

“Saya disiasat selama 17bulan! Ibu, ayah, abang, kakak semua disiasat. Kami tidak takut. Berani kerana benar. Kami akan berjuang untuk kebenaran.

“KP SPRM? SC siasat SPRM, SPRM pula siasat SC. SC clearkan (bersihkan) SPRM. Tiga minggu, ‘clear’. Mengarut,” kata Ahli Parlimen Muar itu menerusi ciapan di Twitter.

SC semalam berkata, pihaknya tidak dapat menentukan secara muktamad sama ada berlaku pelanggaran undang-undang di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti berhubung isu pemilikan saham Azam dan menamatkan inkuiri.

Susulan itu, Azam menzahirkan rasa syukur atas keputusan SC yang mendapati tiada sebarang kesalahan terhadapnya berhubung  dakwaan pemilikan saham menerusi akaun dagangan milik dirinya.

Dengan itu, Azam berkata beliau akan meneruskan tanggungjawab sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk membanteras gejala rasuah tanpa mengira darjat atau pangkat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here