Warga India dikehendaki Imigresen

0
2

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) kini mengesan seorang lelaki warganegara India bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Semenyih, Selangor.

Dalam satu kenyataan media hari ini, JIM memohon orang ramai membantu memberikan maklumat berhubung lelaki bernama Thadathilputhanpurayil Shiju yang bernombor pasport J5806253 dan berusia 39 tahun.

Menurut JIM, alamat terakhir orang yang dikehendaki itu adalah di No. 17, Jalan ST 1C/5, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

“Lelaki berkenaan dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas PATI Semenyih, Selangor berhubung satu kes pendakwaan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” menurut kenyataan itu.

Bagi tujuan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Arif Azanor Tompang, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat JIM.

“Orang ramai boleh menghubungi di talian 03-88801338 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here