PM ucap terima kasih atas ucapan, doa di hari lahir ke-62

0
2

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyambut ulang tahun ke-62 semalam, mengakui jarang meraikan hari lahirnya ketika kanak-kanak.

Perdana Menteri berkata ketika kanak-kanak ada masa beliau langsung tidak ingat akan ulang tahun kelahirannya.

“Masa kecil saya hampir tak ‘celebrate’ hari jadi ni. Ada tahun ingat, ada tahun ingat pun tak.

“Tapi bila saya ada anak, memang tiap tahun saya akan sambut hari jadi mereka. Walau sibuk macam mana pun saya tetap akan kosongkan jadual untuk mereka, daripada kecik sampailah dah besar panjang semua.

“Bila saya dah makin tua, anak dah makin besar mereka pula yang sentiasa tak sabar celebrate birthday saya dan isteri.

“Alhamdulillah sebagai parents, saya rasa sangat dihargai,” katanya menerusi hantaran di media sosial miliknya malam tadi.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan, doa dan sebagainya sempena ulang tahun hari lahirnya semalam.

“Saya sangat menghargainya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here