
JUMLAH kematian harian akibat Covid-19 yang dilaporkan semalam adalah sebanyak sembilan kes, manakala tiada kes kematian luar hospital (BID) dilaporkan.
Berdasarkan data dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak wabak berkenaan melanda negara kini mencecah 31,818 kematian.
Daripada jumlah itu, korban diklasifikasikan sebagai BID adalah seramai 6,417 kes.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 40,761 kes aktif dilaporkan, termasuk 183 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 84 pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,093 kes sembuh turut dilaporkan, manakala jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan setakat ini adalah 2,813,934 kes. – Malaysiapost
