Penggal kepala ibu kerana tak dapat duit beli dadah – Polis

0
2

POLIS mengesahkan lelaki yang bertindak kejam memenggal kepala ibu sendiri di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor, kelmarin, berada di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, suspek berusia 28 tahun itu bertindak kejam membunuh mangsa ketika meminta wang daripada ibunya untuk membeli dadah.

Arjunaidi berkata, punca kejadian itu diperolehi hasil siasatan terhadap suspek yang kini direman selama tujuh hari hingga 22 Januari hadapan.

“Motif kejadian adalah suspek meminta duit bagi membeli dadah. Ketika kejadian hanya suspek dan ibunya sahaja di rumahnya itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Arjunaidi berkata, suspek sebelum ini yang dikenakan hukuman kerana ugutan terhadap ibunya mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan pada 2014 juga disebabkan kerana beli dadah.

Sabtu lalu, seorang wanita maut selepas kepala dipenggal anak lelakinya sendiri di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang di Kuala Selangor.

Suspek yang berusia 28 tahun itu dikatakan membunuh mangsa ketika berada di ruang tamu berikutan terdapat kesan darah di sekitarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here